Kos jual rumah yang perlu anda diambil kira

Kos jual rumah

Sekiranya anda mempertimbangkan untuk jual rumah, salah satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah kos menjual rumah tersebut.

Silap haribulan, bukan untung jual rumah yang anda dapat mahal rugi yang diterima. Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda kos kos yang terlibat sepanjang proses jualan.

Kos jual rumah yang perlu diambil kira. Fikir masak masak supaya tidak rugi.


1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) / Real Property Gain Tax (RPGT)


Industri hartanah di Malaysia menjadi lubuk carian untung untuk pelabur. Sehingga sampai satu tahap, harga rumah naik melambung dan menyebabkan ramai orang tidak mampu membeli rumah.

cukai keuntungan harta tanah

Bagi mengelakkan perkara ini menjadi semakin teruk, kerajaan telah memperkenalkan cukai baru yang dikenali sebagai cukai keuntungan harta tanah. Cukai ini bertindak mengurangkan pertukaran hak milik hartanah yang terlalu kerap sehingga menyebabkan harganya meningkat terlalu cepat. Ia dikenakan pada keuntungan bersih jualan rumah tersebut.

Keuntungan bersih = Harga jualan rumah - Harga beli rumah

CKHT = Kadar CKHT x Keuntungan bersih

Rumah yang dijual dalam tempoh 5 tahun pembelian, akan dikenakan CKHT sekiranya mempunyai keuntungan. Kadar CKHT dikenakan berbeza menurut tempoh rumah dijual.

Cukai ini juga dikenakan bagi rumah yang telah dimiliki melebihi tempoh pada kadar 5%.

Namun begitu, terdapat 3 keadaan yang boleh mengecualikan kita dari CKHT iaitu
  • Jual beli hartanah di antara ahli keluarga terdekat, contoh di antara ibubapa dan anak.
  • Pengecualian 1 kali seumur hidup untuk hartanah yang dijual.
  • Nilai keuntungan bersih RM10,000 atau lebih rendah.


Contoh
  • Harga jualan : RM 300,000
  • Harga belian : RM 200,000
  • Tempoh rumah telah dibeli : 4 tahun
  • Kadar CKHT bagi individu bagi tempoh tersebut: 20%
  • Nilai CKHT : RM300,000 - RM200,000 = RM100,000 x 20% = RM20,000



2. Komisyen ejen hartanah.

Kos ini hanya perlu dikeluarkan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan ejen hartanah. Kadar yang biasa dikenakan ialah 3% harga jualan rumah. Kadar ini ditetapkan oleh  garispanduan daripada Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah. Jika kita berhasrat menjual sendiri rumah, tak perlu nak keluarkan kos ini.

komisyen ejen hartanah

Antara sebab utama kita menggunakan servis ejen hartanah kerana kita mahu menjual rumah dengan cepat tanpa perlu pening kepala.



3. Kos pelepasan gadaian.

Sekiranya hartanah yang dijual masih lagi belum habis dilangsaikan hutangnya di bank / LPPSA, terdapat kos yang perlu dikeluarkan oleh penjual kepada pejabat tanah & peguam bagi melepaskan gadaian.

lepas gadai

Anda boleh bertanya kepada peguam tentang caj yang perlu dibayar untuk proses ini kerana nilainya berubah bagi kawasan berbeza.


4. Kos peguam.

Ini adalah salah satu kos wajib dan beli dan jual rumah. Kita mesti melantik peguam untuk memastikan hak setiap pihak terlibat terpelihara dari segi undang undang. Maklumah, beli rumah bukan murah.

peguam hartanah

Kedua dua pembeli & penjual perlu melantik peguam untuk mewakili mereka semasa urusan ini. Mereka akan menasihati anda tentang proses & undang undang yang terlibat.

Kadar caj yang dikenakan oleh peguam bagi urusan ini sekitar 1% dari harga jualan rumah. Jadi sebagai contoh.
  • Nilai harga jualan rumah: RM600,000
  • Kadar caj peguam: 1% harga jualan
  • Anggaran caj peguam dalam kes ini: 1% x RM600,000 = RM6,000


5. Tunggakan bil & cukai.

Pihak penjual mestilah melangsaikan segala macam cukai dan bil rumah tersebut sebelum menjual rumah tersebut. Tiada bil tertunggak bagi bil bil di bawah

bil tertunggak

  • Bil air
  • Bil elektrik
  • Bil Indah Water Konsortium
  • Bil Unifi
  • Cukai pintu
  • Cukai tanah
  • Dan lain lain.



6. Penalti "Lock-in Period"

Semasa anda membeli rumah yang ingin dijual ini, pihak bank yang membiayai hartanah anda mungkin meletakkan klausa "lock in period".

Sekiranya pembiayaan perumahan anda mempunyai tempoh "lock in", caj ini akan dikenakan kepada penjual jika rumah ini dijual dalam masa 3~5 tahun bermula dari tarikh belian rumah. Sekiranya kita melangsaikan sepenuhnya pembiayaan tersebut dalam tempoh "lock in", kita akan dikenakan penalti pada kadar berbeza menurut bank. Pada kebiasaannya, kadar dikenakan adalah 3% daripada baki pembiayaan.

Cuba elakkan menjual rumah dalam tempoh ini untuk mengelakkan didenda oleh bank. Banyak boleh kita jimat. Cuba bayangkan sekiranya kita menjual rumah hanya selepas 3 tahun pemilikan, kita bukan saja dikenakan penalti "lock in" malah CKHT / RPGT yang tinggi.


7. Kos pilihan.

Sekiranya anda memilih untuk menjual sendiri rumah tanpa bantuan ejen hartanah, kos ini perlu kita keluarkan sendiri.

Kos terakhir ini melibatkan kerja kerja pemasaran fizikal dan dalam talian. Contohnya anda mengiklankan melalui kain rentang (banner), dan membeli iklan berbayar di laman mudah.my.

Selain itu, bagi memastikan rumah kelihatan menarik semasa menerima lawatan bakal pembeli, kita perlu melaburkan sedikit kos memperbaiki kerosakan di rumah. Atau kerja kerja mengecat rumah.

Sebelum ini kami telah berkongsi tips memastikan rumah terjual dengan cepat. Boleh baca link yang kami berikan di bawah.

Post a Comment

أحدث أقدم