Panduan jual rumah subsale 2020 (Semua yang anda perlu tahu A to Z)

Panduan jual rumah cepat

Sebelum ini kami ada berkongsi tentang proses menjual rumah supaya boleh dijadikan modal membina rumah sendiri secara tunai. Kaedah ini memerlukan perancangan jangka panjang, anda perlu beli rumah dari usia muda.

Salah satu proses menjual rumah adalah mengetahui Unique Selling Proposition (USP) rumah kita.

Sekiranya anda berhasrat menjual sendiri rumah tanpa menggunakan servis perunding hartanah, penting untuk kita tahu perkara yang akan dikongsi ini. Tetapi sekiranya anda berhasrat menggunakan servis perunding hartanah, elok juga anda tahu perkara ini.

Apa kelebihan jual rumah subsale berbanding rumah baru?

Pembeli rumah pasti akan mempertimbangkan sama ada nak beli rumah baru atau rumah subsale.  Di bawah ini adalah beberapa perkara yang bermain main dalam fikiran mereka. Kalau kita berjaya selesaikan dilema hati mereka, insyaallah lebih mudah untuk rumah kita terjual.


1. Harga rumah mana yang lebih berbaloi.

Apabila prospek ingin membeli rumah disesuatu kawasan, perkara pertama yang diambil kira mesti soal harga.

perbandingan harga

Sekarang ni pembeli ada 2 pilihan, nak beli rumah baru dibina dari pemaju ataupun beli rumah subsale di kawasan tersebut.

Pada kebiasaannya, harga projek perumahan baru lebih tinggi dari rumah subsale. Rumah subsale selalunya lebih murah berbanding rumah baru.

Dan masih ada ruang perbincangan dengan tuan rumah untuk tawar menawar tentang harga. Rumah baru mana boleh tawar menawar kan?

Walaupun rekaan rumah subsale sudah agak ketinggalan zaman, tapi kita dapat jimat banyak duit berbanding rumah baru. Kebiasaannya harganya 20% lebih murah dari rumah baru. Jadi sekiranya harga rumah baru dari pemaju di kawasan tersebut bermula dari RM500,000, kita boleh dapat rumah subsale dengan saiz yang sama pada harga RM400,000.

Perbezaan harga RM100,000 boleh kita gunakan untuk perbaiki kerosakan ataupun buat renovasi di kemudian hari.

Dan kita semua maklum, rumah baru ni selalunya kena renovasi sikit sebelum masuk. Keluar modal lagi tu.


2. Bakal pembeli boleh lihat sendiri keadaan rumah yang dijual.

Sekiranya pembeli ingin membeli rumah dari pemaju, mereka akan dibawa mengunjungi "show house" yang akan memberikan gambaran sebenar rupa luaran dan dalaman rumah tersebut selepas siap dibina.

lawatan rumah

Tetapi, "show house" tidak memberikan gambaran sebenar unit yang akan kita terima selepas siap nanti.

Berbeza pula dengan membeli rumah subsale, bakal pembeli dapat melihat sendiri keadaan rumah yang akan dibeli. Apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat. Sebarang kerosakan dan kecacatan yang terdapat pada rumah tersebut dapat kita lihat dengan mata kasar. Kita boleh lihat sendiri sama ada rumah tersebut
  • Mempunyai pencahayaan semulajadi yang baik.
    .
  • Kedudukan bilik air terdekat untuk kegunaan bakal tetamu yang berkunjung kerumah tersebut. Cuba kita perhatikan kedudukan pintu bilik air tersebut, sekiranya kita berada di ruang tamu adakah kita dapat melihat orang keluar masuk bilik air secara langsung. Ini boleh menghilangkan selera tetamu yang berkunjung melihat keadaan dalaman tandas.
    .
  • Perhatikan kedudukan matahari di petang hari, sekiranya ia menghadap bilik tidur besar kemungkinan bilik tersebut akan panas di malam hari. Ini akan menyebabkan kita terpaksa menggunakan pendingin hawa di malam hari supaya boleh tidur dengan nyenyak.
    .
  • Bagi rumah 2 tingkat, adakah rumah tersebut mempunyai bilik di tingkat bawah? Bilik ini bukan saja sesuai untuk kegunaan tetamu tetapi kita juga perlu ambil kira keselesaan sendiri di usia tua. Kebanyakan dari kita sudah tak mampu mendaki tangga lagi kerana sakit lutut. Mendatangkan risiko untuk jatuh dari tempat tinggi.
    .
  • Perhatikan pemandangan dari bilik tidur utama, adakah ia mempunyai pemdangan yang cantik atau tidak.
Apa yang kami senaraikan di atas tidak dapat diperolehi bakal pembeli sekiranya mereka melawat show room rumah baru. Jangan tertipu dengan hiasan dalaman "show room" yang sudah dihias sebaiknya oleh pemaju sampai terlupa mengambil kira perkara yang lebih penting.



3. Premis perniagaan telah tersedia berhampiran rumah tersebut.

Bagi kawasan perumahan yang baru siap dibina, segala galanya adalah baru. Termasuklah lot lot rumah kedai yang masih belum dibuka. Kesannya, kita terpaksa memandu lebih jauh untuk membeli barang barang keperluan harian.

premis kedai

Selain itu, kawasan perumahan baru juga mempunyai lokasi yang lebih jauh dari kawasan bandar. Ini bermakna lebih banyak lampu trafik dan kesesakan lalulintas yang perlu ditempuh setiap hari. Lama lama boleh naik stress sebab kesekan lalulintas untuk pergi dan pulang dari pejabat.

Membeli rumah subsale dapat mengurangkan masalah di atas, kedudukannya lebih dekat dengan banyak kedai dan premis perniagaan. Selain itu, kita juga dah boleh perhatikan keadaan trafik di lokasi tersebut. Kita dah boleh anggarkan masa yang perlu diambil untuk sampai ke tempat kerja.


4. Kawasan kejiranan yang telah matang.

Semasa kita membeli rumah, kita tak beli rumah saja tau. Kita beli gaya hidup dan persekitarannya sekali. Pembeli rumah dari pemaju tak dapat nak pilih perkara di bawah

surau yang diimarahkan
  • Sikap jiran di kawasan tersebut. Terutama sekali jiran kiri dan kanan kita. Ini bukan perkara main main, kita nak berhadapan dengan mereka setiap hari. Kalau dapat dengan jiran yang tak hormat hak orang lain, contohnya parking depan rumah orang lain sesuka hati dan kurang menjaga kebersihan, pening kepala kita.
    .
  • Suasana surau dan pengimarahan majlis ilmu. Adakah jemaah surau ramai semasa solat subuh dan isya? Antara tips mengenal semangat kejiranan sesuatu kawasan adalah dengan melihat bilangan jemaah pada waktu tersebut.
    .
  • Lihat kedudukan pasaraya, sekolah, kedai makan, stesen LRT & bank terdekat.
    .
Pastikan kita ambil masa untuk jelaskan perkara di atas kepada prospek semasa mereka melawat rumah, baru mereka nampak kelebihan rumah tersebut. Pasti akan bantu mereka buat keputusan terbaik.


5. Tempoh masa menunggu yang lebih pendek untuk pindah masuk.

Sekiranya prospek membeli rumah dari pemaju, mereka perlu menunggu sehingga 4 tahun dari permulaan proses belian hinggalah rumah siap dan memperoleh sijil CCC untuk layak menduduki. Selain itu, prospek juga perlu ambil risiko projek terbengkalai, memang tak pindah pindah rumah kalau jadi begini. Bayangkan 4 tahun untuk bayar 2 komitmen besar secara bulanan. Bayar sewa rumah dan untuk rumah yang sedang dibina.

pindah masuk

Ini belum lagi ambil kira tempoh untuk kita buat kerja renovasi rumah, nak pasang grill, agar dan lain lain lagi kerja renyah sebelum boleh pindah masuk.

Sebaliknya dengan membeli rumah subsale, proses untuk jual beli dan urusan pindah milik boleh selesai dengan pantas sekiranya ia diselia oleh perunding hartanah yang berpengalaman. Sekiranya semuanya lancar, biasanya selesai dalam 6 bulan saja.


Kesimpulan.

Pasaran hartanah sekarang ini memang sudah mengalami lambakan rumah yang tidak terjual. Pembeli mempunyai banyak pilihan, sama ada nak beli rumah baru atau rumah subsale. Kita sebagai pemilik rumah perlu usaha lebih sikit supaya rumah terjual lebih pantas.

Di harap 5 tips yang kami berikan tadi mampu memberikan anda nilai tambah dan mempercepatkan anda menerima wang hasil titik peluh menjual hartanah. Selamat mencuba.

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama